Pages

Sunday 20 March 2011

Cameron Highland

Ni cerita rombongan Nadia ke Cameron Highland bersama keluarga pada July-Aug 2010...ini adalah kunjungan Nadia untuk kali kedua.....seronok pergi cameron ni macam-macam ada...walaupun bukan tempat yang banyak permainan tapi Nadia sudah pandai menghayati dan menghargai keindahan alam ciptaan Tuhan......tengok la siapa mama dia kan......huk3......di cameron ni Nadia tinggal di Lily Apartment....satu malam harganya rm400, semua lengkap, ada 3 bilik 2 bilik air, boleh masak lagi tapi alatan bawa sendiri la.....dah macam tinggal kat rumah sendiri je.........




ladang teh.....




strawberry farm.....




flower valley....




kebun sayur - ada pelbagai sayur-sayur segar di sini dan di jual dengan harga yang murah.....





rasa la durian cameron.....




pelbagai warna bunga raya terdapat di sini antaranya yang ini....cantik kan......





ni pula pelbagai jenis dan bentuk kaktus, semuanya murah-murah......




bunga kering pun ada di sini.......mesti la cantik dan paling penting adalah murah.........




Lily apartment.......



besarnya ice-cream strawberry Nadia order.........bila nak habis ni..........





hati-hati dengan duri kaktus tu......





banyak jenis bungaan yang terdapat di sini......





pasar malam brinchang - Nadia tengah pilih barang-barang dia la tu...... 




ni paling best madu lebah.......




ada juga mainan ni....apalagi suka la Nadia, layan je la........




pilih jangan tak pilih........murah-murah........





cantiknya ros ni......




sambil mengunyah pun sempat lagi berposing tu........




comel tak - sayalah strawberry ice-cream......




posing maut.....




cameron memang best.....sejuk....barang-barang semuanya murah....satu hari nanti pasti Nadia akan ke sini lagi....seronok berjalan di sini, kalau pergi ramai-ramai lagi seronok......best la hai....... 




Tuesday 15 March 2011

Felda Residence hot spring @ sungkai perak

Felda Residence Hot Spring terletak di Sungkai Perak.....kali nie Nadia di bawa menikmati kolam air panas & sejuk serta menikmati keindahan alam semulajadi yang terdapat di sini....lokasi tempat ini agak terpencil dan perlu memasuki kawasan2 kampung felda sungkai yang dikelilingi kelapa sawit....kalau lalu waktu malam serammm woo.......kalau musim cuti sekolah mesti ramai kot yang datang kat sini tapi masa bawak Nadia ke sini tu hari biasa....sebab tu la orang tak ramai.....masa ni Nadia belum bersekolah lagi baru 3 tahun......tu yang best berjalan tu....bila2 masa pun jadi...... 

Memang seronok datang ke sini....apalagi kalau datang ramai2 satu famili...kalau buat reunion ke famili day ke....apa2 je la acara mesti seronok kat sini.......kalau nak lebih privacy boleh la book vila yang menyediakan kolam air panas yang privacy untuk satu famili.....terdapat juga spa bagi yang ingin memanjakan diri.......dan pelbagai aktiviti bagi yang dewasa atau pun kanak2......cuma sebelah malam tak berapa best kat sini kerana tak ada apa2 aktiviti di sediakan..........    




selamat datang.....




nie la bilik Nadia.......




kat lobi......




nice.........




nak pergi mana nie.......




sana la bilik Nadia......





spa family.....







nak sarapan nie.....







nampak macam simple tapi this is best bro......







nice.....






suka sangat....







amboi Nadia.....dah lepak2.....







mana housekeeping nie.....







nak ke kolam air gunung......






memang sejuk beb......







dah nak gelap pun still tak nak balik lagi......







ni lah punca air panas....kalau tak nak berkedut tangan tu...jangan cuba2 usik.....








tempat merebus telur.....







amboi uncle ni....nak bisnes telur ke......







kolam air panas.......






ni la kolam air panas yang besar tu.....







lepas mandi air panas boleh la mandi air sejuk kat sini......







besarnya mushroom.....







boleh juga refleksologi kaki dengan air panas kat sini.....






breakfast lagi......






lunch nasi goreng with satay.....yummy






view waktu senja.....







view waktu malam.....sunyi beb




kat sini kebanyakan species flora & fauna nya mempunyai label bagi memudahkan orang ramai mengetahui pelbagai nama2 species yang biasa @ jarang diketahui oleh generasi sekarang.......yang menulis ni pun tak berapa tahu jugak.....kui3

























yang ni mesti semua tahu sebab Nadia pun tahu.....kalau tak tahu jugak tak tahu la







tengah tunggu papa check out.......






Nadia nak balik dah.....



3 hari 2 malam di sini Nadia memang syokkkk habis.....insyaallah satu hari nanti boleh bawak Nadia ke sini lagi....nak tahu lebih lanjut tempat yang Nadia pergi nie....bolehlah klik link kat bawah nie ye.......best la hai.........